Menyelesaikan Masalah Akaun LG
Saya telah mendaftar untuk keahlian di TV. Adakah saya perlu mendaftar semula di tapak web (www.lgappstv.com)?
Anda boleh menggunakan tapak web ini dengan maklumat keahlian yang anda gunakan semasa mendaftar di TV.
Saya terlupa kata laluan saya. Apa yang patut saya lakukan?
Pada skrin log masuk TV, pilih butang Lupa Kata Laluan? untuk pergi ke halaman cari kata laluan. Masukkan alamat e-mel anda pada halaman cari kata laluan, dan kami akan menghantar pautan kepada anda untuk menetapkan semula kata laluan anda.
Anda juga boleh menetapkan semula kata laluan anda dalam Akaun LG  Tetapkan Semula Kata Laluan di tapak web (www.lgappstv.com).
Saya ingin memadam akaun yang disimpan pada TV.
Apabila anda log masuk ke akaun LG anda di TV, akaun tersebut akan disimpan ke TV.
Anda boleh memadam akaun yang disimpan pada TV pada bila-bila masa, seperti berikut.
  1. Pilih PenetapanPenetapan Ikon Semua TetapanIkon Semua Tetapan Umum Sistem Akaun LG.
  2. Pilih Ikon TetapanIkon Tetapan Edit Senarai Akaun di bahagian atas skrin.
  3. Menekan Padam akan memadamkan akaun.
    Ia tidak akan memadam sejarah log masuk atau menutup akaun.
Saya ingin memadam sejarah penggunaan pada TV.
Apabila anda menggunakan TV setelah log masuk ke akaun LG anda, sejarah penggunaan akan disimpan dan anda boleh memadamkannya pada bila-bila masa.
  1. Pilih PenetapanPenetapan Ikon Semua TetapanIkon Semua Tetapan Umum Sistem Akaun LG.
  2. Pilih Pengurusan Akaun untuk akaun yang ingin anda tetapkan.
  3. Pilih Pengurusan Data Penggunaan.
  4. Menekan Padam akan memadam sejarah penggunaan.
Saya ingin menutup akaun saya pada TV.
Anda juga boleh menutup akaun LG anda pada TV seperti berikut.
  1. Pilih PenetapanPenetapan Ikon Semua TetapanIkon Semua Tetapan Umum Sistem Akaun LG.
  2. Pilih Pengurusan Akaun untuk akaun yang ingin anda tetapkan.
  3. Pilih Tamatkan Akaun Saya.
  4. Masukkan kata laluan anda dan tekan OK untuk menutup akaun anda.
Di sesetengah negara, akses ke laman web (www.lgappstv.com) mungkin disekat.