Tonton kandungan yang disimpan dalam PC anda pada TV
Anda boleh menikmati video/muzik/foto yang disimpan pada PC anda pada TV apabila peranti ini disambungkan ke rangkaian yang sama.
Layari kandungan pada PC anda untuk menonton pada TV (Windows 10)
  1. Sambungkan TV dan PC anda ke rangkaian yang sama.
  2. Klik fail kanan yang anda mahu mainkan dan pilih “Siarkan ke Peranti”.
  3. Pilih nama TV yang anda mahu tonton daripada senarai yang dipaparkan dan main semula akan bermula pada TV itu.
Walaupun berbilang TV atau peranti bersambung, fail yang dipilih hanya akan dimainkan melalui satu peranti sahaja. Kadar main balik mungkin berbeza bergantung pada sambungan rangkaian.
Untuk bermain pada sistem operasi atau peranti lain, rujuk manual sistem/peranti operasi.
Layari dan tonton kandungan yang disimpan pada PC menggunakan TV (Windows 10)
  1. Sambungkan TV dan PC anda ke rangkaian yang sama.
  2. Buka menu “Mula” pada skrin PC anda, cari “opsyen penstriman media” dan kemudian pilih hasil yang muncul.
  3. Pilih butang “Hidupkan penstriman media” dalam tetingkap yang terbuka.
  4. Benarkan semua “opsyen penstriman media”.
  5. Pilih “OK” untuk menyimpan tetapan.
  6. Pilih PC yang bersambung dalam Papan Pemuka Rumah aplikasi pada TV, dan kemudian pilih dan mainkan fail yang anda mahu.
Untuk bermain pada sistem operasi atau peranti lain, rujuk manual sistem/peranti operasi.
Perkara-perkara yang memerlukan perhatian Perkongsian Kandungan
Periksa tetapan rangkaian anda jika pilihan perkongsian kandungan tidak berfungsi dengan betul.
Ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul pada rangkaian tanpa wayar. Anda disyorkan agar menyambung ke rangkaian berwayar.
Ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul bergantung pada persekitaran rangkaian.
Jika berbilang TV disambungkan kepada satu peranti, kandungan itu mungkin tidak akan dimainkan dengan betul bergantung pada prestasi pelayan.
Penghala yang menggunakan frekuensi 5 GHz diperlukan untuk menonton video 1080p melalui fungsi perkongsian kandungan. Sekiranya anda mengunnakan penghala 2,4 GHz yang ada, video mungkin ketinggalana atau tidak dapat dimain dengan baik.
Fungsi Perkongsian Kandungan mungkin tidak disokong bagi penghala yang tidak menyokong berbilang siaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk panduan pengguna yang didatangkan bersama penghala anda atau hubungi pengeluarnya.
Kapsyen hanya disokong pada sesetengah peranti yang bersambung.
Sekiranya anda telah menambah fail kapsyen selepas itu, matikan folder kongsi di PC dan kemudian aktifkannya sekali lagi.
Fail DRM pada peranti yang bersambung tidak akan dapat dimainkan.
Malahan bagi format fail yang disokong oleh TV, format fail yang disokong itu mungkin berbeza bergantung pada persekitaran peranti yang bersambung.
Jika terdapat terlalu banyak folder atau fail dalam folder, ia mungkin tidak akan berfungsi dengan betul.
Maklumat tentang fail yang diimport daripada peranti yang bersambung mungkin tidak akan dipaparkan dengan betul.
Bergantung pada pengekodan, beberapa strim mungkin tidak dimainkan dalam mod perkongsian kandungan.