Menyambungkan Peranti Pintar
Anda boleh menggunakan pelbagai ciri dengan menyambungkan TV ke peranti pintar.
Menyambungkan Peranti Pintar Anda kepada TV Menggunakan Aplikasi LG ThinQ
  1. Muat turun aplikasi LG ThinQ daripada kedai aplikasi pada peranti pintar anda.
  2. Sambungkan TV dan peranti pintar anda ke rangkaian Wi-Fi yang sama.
    Anda boleh menyemak rangkaian Wi-Fi TV anda di PenetapanPenetapan  Ikon Semua TetapanIkon Semua Tetapan Umum  Rangkaian  Sambungan Wi-Fi.
  3. Jalankan aplikasi LG ThinQ yang dipasang pada peranti pintar anda.
  4. Ikut arahan daripada aplikasi LG ThinQ untuk menyambungkan peranti pintar anda ke TV.
    Apabila maklumat akaun anda LG ThinQ disambungkan ke TV, anda boleh mengurus peranti IoT yang dipautkan ke akaun anda menggunakan Papan Pemuka Rumah daripada TV.
Perintah suara juga boleh dibuat melalui Pembesar Suara Pintar dipautkan ke akaun dalam tetapan LG ThinQ aplikasi.
Perkhimatan ini mungkin tidak ditawarkan bergantung pada negara anda.
Mengawal TV Anda menggunakan Aplikasi LG ThinQ
Anda boleh klik butang pada skrin peranti pintar anda untuk mengawal TV.

Aplikasi LG ThinQAplikasi LG ThinQ

  1. Operasi alat kawalan jauh mudah boleh dilakukan. Pilih Lihat semua dan cuba gunakan alat kawalan jauh di skrin penuh.
  2. Anda boleh berkongsi dan menikmati bunyi, skrin, atau kandungan di TV dan peranti pintar secara interaktif.
  3. Memaparkan senarai aplikasi yang dipasang pada TV.
  4. Memaparkan senarai peranti yang disambungkan ke input luaran TV.
  5. Apabila menonton siaran, anda boleh mengawal saluran, kelantangan, dan lain-lain atau memilih input luaran dengan arahan suara dan bukannya menggunakan alat kawalan jauh.
  6. Anda boleh menggunakan fungsi yang sama seperti kekunci penunjuk dan anak panah Magic Remote.
  7. Fungsi pengecaman pertuturan tersedia.
    Sesetengah model tidak menyokong fungsi ini.
Sesetengah kawalan mungkin akan terhad dalam mod input luaran.
Skrin dan kefungsian aplikasi tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.
Ciri yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada negara dan OS anda.