Menggunakan Tetikus USB berwayar/wayarles
Sambung tetikus anda ke port USB. Gunakan tetikus untuk mengalih penunjuk pada skrin TV dan pilih menu yang anda inginkan.
Butang kanan dan butang khas pada tetikus tidak berfungsi.
Semasa menggunakan tetikus USB tanpa wayar, sambungan boleh terputus atau diperlahankan, bergantung pada jarak antara TV dan tetikus dan persekitaran tanpa wayar.
Menggunakan Papan Kekunci USB Berwayar/Wayarles
Sambung papan kekunci anda ke port USB. Anda boleh memasukkan teks dengan peranti papan kekunci yang disambungkan.
Tidak boleh masukkan teks pada sesetengah skrin.
Anda disyorkan untuk menggunakan produk yang telah diuji keserasiannya dengan TV.
Logitech K360, Logitech K400, Logitech K750
Anda boleh menukar bahasa input dengan menekan kekunci tukar bahasa atau kekunci Alt kanan dan boleh juga menukar dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci Ruang pada masa yang sama.
Semasa menggunakan papan kekunci USB tanpa wayar, sambungan boleh hilang atau diperlahankan, bergantung pada jarak antara TV dan papan kekunci dan persekitaran tanpa wayar.
Untuk memasukkan teks dalam medan teks, gunakan papan kekunci atas skrin pada skrin TV anda atau papan kekunci USB.
Menggunakan GamePad
Sambungkan pad permainan anda ke port USB pada TV jika permainan tersebut memerlukan pad permainan.
Anda disyorkan untuk menggunakan produk yang telah diuji keserasiannya dengan TV.
Sony DualShock 4, Sony DualShock 3, Pengawal Microsoft Xbox 360, Pengawal NVIDIA SHIELD, Logitech F310, Logitech F710
Menyambungkan Peranti Input Bluetooth
Anda boleh menyambungkan dan menggunakan peranti seperti papan kekunci, tetikus, atau pad permainan Bluetooth dengan TV anda.
Untuk melihat butiran, Penetapan Peranti Peranti Luaran Sambung Alat Kawalan Bluetooth dalam Panduan Pengguna.