Mengetahui Lebih Lanjut tentang Magic Remote
Anda boleh memilih fungsi yang anda kehendaki dengan senang dan mudah dengan menggerakkan dan mengklik kursor pada skrin TV, sama seperti anda menggunakan tetikus pada skrin komputer.
Anda boleh membeli Magic Remote secara berasingan jika ia tidak disediakan.
Memasang Magic Remote
Anda mesti menjadikan Magic Remote berpasangan dengan webOS TV untuk menggunakannya.
Pasang Magic Remote sebelum menggunakannya seperti berikut:
Pasang Magic Remote sebelum menggunakannya seperti berikut:
- Hidupkan TV. Selepas kira-kira 20 saat, tuding alat kawalan jauh ke arah TV, kemudian tekan .
- Alat kawalan jauh akan didaftarkan secara automatik dan mesej selesai berpasangan akan muncul pada skrin TV.
Jika anda gagal mendaftarkan Magic Remote, matikan TV dan cuba lagi.
Mendaftarkan Semula Magic Remote
Jika penunjuk Magic Remote tidak muncul pada TV, anda mesti mendaftarnya semula.
- Pegang alat kawalan jauh ke arah TV dan tekan lama butang sehingga arahan muncul.
- Pendaftaran alat kawalan jauh sebelum ini akan dibatalkan dan kemudian didaftarkan semula.